Tuesday, November 6, 2012

Menghitung Hari *(^_^)*

Hari ini -- Selasa
Bertarikh -- 06.11.2012
Masa tertera di laptop -- 01:53am
Lokasi -- Bilik tempat utk tidur

Situasi saya pada masa dan ketika yang tersebut di atas adalah masih dalam keadaan berjaga.. Mata saya ketika ini belum mahu untuk tido.. Baru selesai mencari idea2 kreatif yang sesuai utk dihasilkan sebagai tanda kenangan for my big day.. Ohh ye, setelah sekian lamanya tak menaip entri utk di post di blog ini, tiba2 pada masa dan ketika seperti di atas saya terasa untuk ber'BloG' semula [[ulangan ayat yg sama tiap kali kembali mengarang..hihi..=p]].. Entri ini ditulis kerana saya tak tido lagi +++ tetiba terpikir dalam sedar tak sedar pada masa ini saya sedang menghitung hari menuju ke tarikh 01.12.2012 [[it's my wedding day ^_^]].. Seandainya masih ada lagi pengujung yang masih sudi singgah di Blog saya ini, diharap agar kalian dapat mendoakan yang terbaik untuk saya dan bakal suami saya untuk Majlis Perkahwinan kami nanti.. Bagi yg mengenali kami, anda adalah dijemput hadir ke majlis kami.. Semoga dengan kehadiran kalian dapat memeriahkan lagi majlis kami dan seterusnya diberkati ALLAH S.W.T.

Sekian, terima kasih..


Sunday, July 8, 2012

Buntu....

Buntu...
memikirkan apa yang perlu, apa yang tidak perlu..
mencari konklusi terbaik, membuat keputusan terbaik..
merancang apa yang sepatutnya, apa yang tidak sepatutnya..

Buntu...
adakah sudah cukup sempurna, atau belum sempurna..
adakah ia suatu keperluan, atau ia hanya kehendak hati..
adakah pembaziran, atau sememangnya satu kelengkapan yang perlu..

Aku buntu..
memikirkan semuanya..
merancang semuanya..
merealisasikan semuanya..

Namun ku pasti..
suatu masa akan datang kekuatan untukku..
mencari jalan terbaik..
untuk semua yang ku buntu..
moga kan tiba detik itu...
ku mendapat kekuatan dari-Mu..
menyempurnakan tugasan ini..
Amin...