Monday, November 30, 2009

Aku Dan Diriku

Aku -- ialah saya yang bernama FAI..
Diriku -- kehidupanku, hari2 ku, kesukaanku..


Hhmm...tak tau la ape motif dan kaitannya antara Aku Dan Diriku, mungkin tiba masanya aku nak merapu meraban kot..hihihi.. Dah berkurun rasanya tak menaip kat blog aku ni, dah berhabuk aku tengok. Tak ade ape2 news yg menarik untuk dikongsi dengan korang2 semua yang sudi menjenguk ke blog aku ni.. Ape2 pun, terima kasih bebanyak buat kamu2 yg masih sudi singgah di sini ya..^_^

Aku Dan Diriku -- kebelakangan ni aku sangat2lah suka untuk bermadah, bersajak, berpuisi n bernyanyi.. Hinggakan, kadang2 aku sendiri pun tak paham, ape ke hal nya yg jadi kat aku ni hah??hhmm... Jika korang perasan post2 aku dalam bulan November ni, majoriti post2 yg ade hanyalah sekadar kata, madah2 yg kononnya aku anggapkan sajak..ceewwaahhh.. (mcm la pandai sgt nk bersajak =p)

Idea2 utk setiap kata2 yang aku coretkan tu semua, datang dengan sendirinya.. Tiada ugutan mahupun paksaan dari mana2 pihak =).. Tahukah korang?? Aku dapat rasakan, alangkah gembiranya hati bila dapat melengkapkan tiap2 rangkap madah/kata2 yang dah aku mulakan.. Kerana, kebanyakkan kata2/coretan2 itu semua melambangkan perasaan yang sedang aku alami.. ^_^ [tp xsemuanya k]

Hhmm...cukuplah dulu buat kali ni.. Dah tak tau nk taip pe lg ni.. So diharapkan korang2 semua jangan la berasa jemu or geram bila jenguk kat blog aku ni ye.. Kalau2 tiap2 kali korang jenguk asyik2 ayat2 jiwang je yang ade..hehehe.. Jumpa Lagi... ~~(^_^)~~

Wednesday, November 25, 2009

.. InSaN BiAsA ..

Aku manusia biasa..
Punya hati dan perasaan..
Aku manusia biasa..
Yang juga punya keinginan..
Aku manusia biasa..
Hanya ingin berkongsi rasa..
Rasa dari hati dan minda..
Sekadar untuk renungan bersama..

Mungkin jua caraku salah..
Mungkin jua caraku tidak betul..
Mungkin jua caraku tidak sesuai..
Dan caraku tak dapat memenuhi kehendak semua..
Tapi siapalah aku ini..
Hanya seorang insan yang tak punya apa..
Berbekalkan pemikiran yang tidak seberapa ini..
Ku tetap ingin bercerita..


+++++++++++++++++++++++++++++

Sejak kebelakangan ini, aku asyik dengan kesukaanku untuk melahirkan rasa hati dengan kata-kata. Coz, dari kata2 itu dapat aku rasakan sedikit ketenangan terbit di hati ini. Maka kamu semua janganlah berasa hairan kalau Blog aku ni di penuhi dengan madah2 yang tak berkesudahan..hihi..

Tuesday, November 24, 2009

~:: Kau Aku ::~

Aku di sini..
Menantikan hadirmu..
Aku di sini..
Dahagakan kasihmu..

Kau di sana..
Adakah pun begitu..
Seperti aku..
Mengharapkan dirimu..

Aku mengerti..
Kehadiranku ini..
Tak disenangi..
Oleh mereka di sana..

Kau akui..
Kenyataan itu..
Dan kau tak peduli..
Kata-kata mereka..

Kau terus bersama..
Menerimaku seadanya..
Aku pun jua..
Terimamu seadanya..

Biar beribu dugaan..
Datang menimpa..
Ku tetap setia..
Setia kepadamu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, November 23, 2009

^^ NotaKu ^^

**********************************

Mahu kamu ada di sini..
Mahu kamu dekat denganku..
Mahu kamu ada di sisi..
Mahu kamu membahagiakanku..

Tak ingin kamu jauh dariku..
Tak ingin kamu menyakitiku..
Tak ingin kamu mendustaiku..
Tak ingin kamu pergi dariku..

Sedalam mana lautan hindi..
Begitulah dalamnya cintaku ini..
Sederas mana ombak menghempas pantai..
Tak kan bergoyah cintaku ini..

Biarpun badai taufan melanda..
Dan musim silih berganti..
Rasa cinta dihatiku ini..
Tak kan boleh ditukar ganti..

***********************************

:: Coretanku ::

Aku tahu kau cintaku..
Aku tahu kau sayangku..
Aku tahu kau kasihku..
Kau pun tahu semua itu..

Bila mana kau disampingku..
Ku hargaimu, kau jua pun begitu..
Setiap saat yang berlalu..
'Kan sentiasa segar dalam ingatanku..

Dugaan yang datang silih berganti..
Satu menghilang, satu kembali..
Ku kuatkan semangat, katakan pada diri..
Tiap dugaan pasti ada hikmah tersendiri..

Aku sedar siapa diri ini..
Hanya insan kerdil yang ingin disayangi..
Ingin dicintai dan dikasihi..
Oleh dirimu kekasih hati..

**nukilan lahir dari hati..

Wednesday, November 4, 2009

T.E.R.K.I.N.I.

Lately, macam2 perkara jadi kat aku. Ada yang menggembirakan, menyedihkan, menyakitkan hati, membuat aku terharu n macam2 lagi la. Orang kata, perkara yg sedih usah dikenangkan, biarkan ia berlalu n jadikan ia satu pengajaran dalam hidup. Aku setuju dengan pendapat tu, so adalah lebih baik aku biarkan peristiwa sedih yg agak menyakitkan hati gak tu lenyap dr ingatan [[moga2 berjaya diupuskan..amin..]].
**************************************************
G.E.M.B.I.R.A. <----- aku sangat2 gembira sekarang ni, nak tau sebab apa?? InsyaAllah kalau tak de aral melintang, kengkawan zaman sekolah rendah aku nak wat REUNION tahun ni. Hhmmm..rase best sangat, dah lame x jumpa diorang2 semua tau. Even aku still macam dulu, ada je dok kat Kampung Sijangkang tu, tapi masih tak berkesempatan nak berjumpa dengan kengkawan zaman kanak2 ku. Thats why rase teruja sangat.
***************************************************
Idea ni muncul selepas ak berjaya meng'upload gambar2 zaman sek dulu kat facebook. Seronok sangat dapat kumpulkan kengkawan lama n baca komen2 diorang kat gambar2 lama tu. Masing2 dilamun rindu dengan zaman sekolah dulu2 n rindu kat kengkawan semua.
***************************************************
Maka untuk 1st reunion kami, kitorang planning buat dekat kampung je. Itu lebih baik, dekat dan menjimatkan kos. Sekarang ni masih dalam proses mengumpulkan kengkawan dak kelas 6 Merah '98, try contact seramai yang boleh untuk join reunion ni. Hopefully, semua dapat join la kan, baru la best. Isshh...lame gilerr tak jumpa mereka2 semua. Pasti mereka semua dah besar panjang kan..hihi.. Zaman sekolah dulu kecik2 je semua, comey2..^_^..
****************************************
**Aku Rindu Kamu Semua (^_^) **