Thursday, December 31, 2009

31 December 2009 -- Perjalanan Hidupku

KHAMIS -- Hari ini, hari terakhir dalam tahun 2009.. tahun yang banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis dalam setiap hari2 yang aku lalui.. Macam2 perkara yang terjadi dalam hidup aku.. Walaupun tak semua perkara yang aku lalui itu indah, namun aku percaya setiap apa yang terjadi ada hikmah yang tersendiri.. Dan setiap apa yang terjadi itu, telah mematangkan aku untuk mengharungi kehidupanku dengan lebih berhati2..


--- letih la pulak nak pk ayat skema..hihihi..---



KERJA -- Aku kerja kat company yang sekarang ni dah hampir 2 tahun.. tak sangka gak aku boleh tahan selama ni, dulu target setahun je sebab konon2 nak sambung study..hihi.. This year xde dinner, tp ape yang ade just makan2 je.. Best gak gi makan Japanese Food kat Legend Hotel ^_^.. Then, lain2 xtvt yg ade is Breakfast Session, handle by each department, tiap2 bulan pd hari Rabu miggu ke-2.. Dah 2 kali round b'fast ni, 1st round xde tema, so masing2 fikir sendiri nk wat pe..hehe.. Menu utama team kami is Roti Jala with Kari Ayam n Popia basah.. Then 2nd round plak dgn tema Healthy Food, kami wat Macaroni n sandwich + pancake dll (healthy la kot..hihi).. Keje ok, still boleh enjoy2, tapi pandai2 la bwk diri..=)


KAWAN2 -- Sangat seronok bila kite ada kawan yang ramai.. Dengan kawan2 la tempat kite leh enjoy n melepaskan segala ketensionan yang ade..hihi.. Tahun ni banyak gak aktiviti aku bersama rakan2, de reunion, gi bercuti, buka puase n lepak2 buang mase.. best2...hihi..


REUNION -- So far utk tahun ni, ada 2 Reunion yang berlangsung --> reunion dgn kengkawan sekolah menengah & housemate kat Rumah no.54..

  • SAMSMEL 1999 - 2003 : reunion n xtvt paling banyak aku bersama kawan2 utk tahun ni.. Utk tahun ni je kitorang wat 2 perjumpaan yg besar x besar gak la, 1st mase bercuti kat Pulau Tioman, after that Majlis Berbuka Puasa kat JM Bariani.. Lain2 xtvt lak juast jumpa mase raya n kat kenduri2 kawen member je la..(^_^)

  • Rumah No.54 : Ahli rumah terdiri drpd Latifah, Masliza, Faizurani (aku..hihi), Nor Zaidah & Siti Nasuha.. Lame gak x jumpa ahli rmh ni, terbaru pd sesi karaoke kami 25/12/09..hihi.. B4 this de gak g bercuti kat Port Dickson, tapi x cukup korum coz Aby x dpt join.. Tapi xpe, akhirnya kami dpt gak jumpa b'5..(*_*)

LEPAK -- aku bukanlah kaki lepak yang suka buang masa tak tentu hala.. Tapi aku mmg suka buang masa..hahahaa..[pe benda tah aku merepek ni..=p].. Kalau korang nak tau, aku ni suka la sangat lepak sorang2 melayan perasaan..hihi.. Ni la tabiat n xtvt yang aku suka buat lps hbs keje hari sabtu.. Mmg benda ni dah sebati la dengan jiwa aku, dari dulu sampai la sekarang, bosan je gi lepak.. Apa yang akan aku buat, gi Klang makan McDonald [i like double cheese burger..=)], then lepak cc kat Centre Point..hihi.. Tapi kan, suatu hari aku gi lepak, t'nmpk la 1 p'gaduhan.. Seram gak mase tu, tp lapar punya pasal, aku beranikan diri gi makan gak..huhu.. But lepas dr peristiwa tu, aku dah lame x lepak situ.. Kak Dila telah menyelamatkan aku dr lpk sorang, kdg dia bwk aku lepak Kopitiam Pak Li..best gak..hihi..


FAMILY -- i love my family, saya sangat sayang my Big Family ^_^.. Tak byk sgt stori yang nk di kogsi tentang my family.. Apa yang ada, 1 xtvt yg tak kan dilupakan is Birthday Celebration.. Walaupun tak seberapa sekadar ada kek n KFC, itu sudah memadai utk kami sekeluarga spent time together..=)


KESEDIHANKU -- macam2 ade kalau cite bab sedih2 ni.. perlu ke nak cite kat sini erk?? aku rasa tak perlu kot, biarlah kesedihan yang pernah aku lalui, tersimpan rapi dalam kamus hidup aku.. Pada siapa yang tahu, tahu la.. Yang tak tahu, aku biarkan mereka tak tahu.. Biar aku cite yang ceria2 je k.. Hidup perlu diteruskan.. Chaiyyokkk2!!!!!!



KESAYANGANKU -- saya sayang kucing saya, tapi saya tak pernah nak main2 dgn kucing saya..hehe.. saya sayang barang2, koleksi2 saya, dari dulu sampai la sekarang.. saya sayang PooH saya, walaupun ada 1 bear lg, tapi Pooh gak yang best..hihi.. hhmm..lagi ape ye??? saya sayang semua yang ada di sekeliling saya (*_*).. mula la madah2, skema2 lg..



PERCINTAAN -- suka2, sangat suka (^_^)hihihi.. aku semamangnya suka utk mencintai, dicintai, dikasihi, mengasihi, disayangi dan menyayangi.. semua orang pun sukakan semua tu, kan..kan..kan..=).. So far alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar.. Gaduh2 manja tu biasa la, tu kan satu proses utk mengenal hati budi.. i love him (*_*).. hihi..


AZAM BARU 2010 -- actually, aku ni bkn la orang yang selalu buat azam baru tiap2 tahun coz aku x penah berazam pape pun..hihi.. Tiap2 tahun baru, kehidupan aku same je.. Sambut New Year dpn tv or lepak dalam bilik je..=).. But utk tahun 2010 ni, buat pertama kalinya aku ade azam aku sendiri [selalu dgr azam n cita2 org je..huhu].. Macam2 planning dah ready dalam kepala aku ni, nak aku cite kat sini, cam segan la plak kan.. Xpe la, biar aku rahsiakan(ish rahsia lg..=p).. Apa yang penting, teringin sgt nak dpt duit banyak2... Dapat x dapat, aku nak jugak..hehehe.. Berangan je lebih aku ni..=p..


*******************************************

Wahh..bila dibelek2, panjang gak aku membebel kat last entry aku utk Tahun 2009 ni [sungguh tak kusedari..].. Aku rasa cukup la setakat ni je.. Apa yang aku harapkan, semoga Tahun 2010 yang akan muncul ni memberi sinar baru dalam kehidupan aku, family aku, rakan2 aku dan utk semua2 org la.. HAPPY NEW YEAR!!!!!!!!


Wednesday, December 30, 2009

Khabar Gembira Rakan2 Ku :)

Tahun 2009 ni, bermacam khabar gembira yang dah aku terima tentang rakan2 ku.. Salah satu khabar gembira yang ingin aku kongsikan disini ialah tentang "Majlis Pertunangan" kawan2 ku.. Walaupun agak terlambat untuk aku mengkhabarkan tentang pertunangan mereka2 ini, aku harap mereka tak berkecil hati.. Sejak kebelakangan ni pun aku agak kebuntuan idea nk update blog.. So bila idea ni datang tiba2 pagi ni, dengan sepantas mungkin aku taipkan utk tatapan korang semua =)..

02 August 2009 -- My housemate masa study kat politeknik dulu Nor Zaidah telah mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati dia Masror.. Majlis ringkas dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak serta rakan terdekat.. Aku gi majlis ni ngan Kak Eifa, maklum la, aku xde transport sendiri =).. Antara 5org hausemate aku, rasanya Ejai la yg akan kahwin dulu kot..hihi..


05 December 2009 -- Yang ni plak my ofis colleague, seorang kakak yang agak rapat dengan aku kat ofis.. Nama diberi Faradila, telah mengikat tali pertunangan dengan pilihan hati bernama Yus (aku x tau pe nama penuh dia...hihi).. Di majlis kak Dila ni, aku sedaya upaya menjadi seorang cameragirl yg terbaik..hehe..
26 December 2009 -- Majlis paling latest setakat ni [kiranya majlis penutup la..hihi], pertunangan antara Wan Salfaizura dan Isnawawi.. Zura ni jiran kat Behrang 2020 dulu yg juga my classmate.. Setahu aku, diorang ni dah agak lama bercinta, akhirnya hubungan mereka telah beranjak ke satu level lg sebelum ke alam perkahwinan.. **maaf ye zura coz x dpt dtg majlis tunang hari tu..


Dan tiba2, datang la plak idea untuk update tentang "Majlis Perkahwinan" hihi.. Tahun 2009 ni gak, ada beberapa rakan sepersekolahan n sekerja aku yang dah pun melangsungkan perkahwinan dengan pasangan masing2.. So aku update seringkas yang boleh la ye =).. Seingat aku, ada 3 majlis yang aku pergi iaitu majlis kawan sekolahku Fahmi+Fizah n Azlinah+Fadli, then majlis rakan sekerja aku Sa'adiah+Fidzhar..


Itu sajalah antara khabar2 gembira rakan2 ku yang dapat aku update.. Aku percaya, pasti ramai lagi rakan2 ku yg juga telah melalui hari bahagia mereka dalam tahun 2009 ni.. Buat kawan2 ku sekalian Ejai, Zura n Kak Dila -- Fai doakan semoga hubungan korang semua berkekalan hingga ke akhir hayat.. dah nak kawen nanti jgn lupa jemput tau (^_^).. Dan buat yang baru berkahwin tahun 2009 ni n tahaun2 sebelumnya, Fai juga mendoakan yang terbaik buat korang, semoga berkekalan ke akhir hayat..amin...

Monday, December 28, 2009

~B'GuMbiRa b'SaMa peNgHuni RuMaH No.54 ~

25 December 2009, Friday...

Hai guys!! Dah lama aku tak update blog ni kan..but today, aku de something special gambar n my happy day with my luvly frenz yg nak aku kongsikan bersama kat blog ni.. Pd tarikh 25 dec 2009, buat kesekian kalinya aku dan rakan2ku iaitu penghuni RuMah nO.54, Behrang 2020 mengEnjoykan diri bersama2 =)..


On that day, we all gi karaoke kat Red BoxRia, Sogo selama 3Jam (lama gak tuu..) After that, kami meneruskan perjalanan ke Tasik Titiwangsa n lepak2 je kat situ.. Dah lama tak jumpa, so dgn sedaya upayanya aku nak m'snap gambar sebanyak mungkin..Tapi, sgt sedih sebab...kamera aku rosak la pulak..uwwaaaa....='(.. So pic yg de sgtla terhad n de sedikit kerosakkan pd pic2 t'sebut.. Tapi xpe, aku telah berusaha gigih [gigih la sangat..hihi] mengedit gambar yang ada menjadi selawa mungkin..huhu.. So lihatlah hasilnya, walaupun x seberapa, aku sangat2 suka...ngehehehehhe...(^^,)


Buat Mamas, Ejai, Aby & Kak Eifa --> thanks a lot coz sudi meluangkan masa pd tarikh 25 Dec 2009 hr tu.. Fai akan sentiasa ingat n rindu kat korang semua.. Kenangan bersama korang semua sewaktu menghuni RuMah no.54 tak kan fai lupakan..[terutamanya time korang main getah dalam umah tuu..hihi..] Miss you my Frenz.....mmuahhzzz...

Tuesday, December 22, 2009

:: KeRinDuaN ::

Bila aku cinta, aku rindu..
Bila aku sayang, aku rindu..
Bila aku kasih, aku rindu..
Bila aku sunyi, aku rindu..

Mungkinkah kau tahu, rasa hatiku..
Mungkinkah kau tahu, isi hatiku..
Mungkinkah kau tahu, keinginanku..
Mungkinkah kau tahu, semua itu..

Emosiku tidak menentu..
Saban hari terasa rindu..
Sudah lama tidak ketemu..
Membuat ku tertunggu-tunggu..

Tanyaku padamu..
Adakah kau pun merinduiku?
Dan ku terima jawapanmu..
Kau jua merinduiku..

Alangkah gembiranya rasa hatiku..
Andai dapat berjumpa denganmu..
Saat yang ku nanti, ku tunggu-tunggu..
Melepas rindu antara kau dan aku..