Tuesday, October 19, 2010

Lara Hati...

Lama sudah tidak b'blog.. Pejam celik, pejam celik...macam2 hal yang berlaku dalam kehidupan aku seharian.. Rindu gak nak b'blog semula, but mase sangat terhad.. Ngan kecelaruan emosi lg..oowhh, sy mengalami kecelaruan emosi kembali ;(.. Sangat2 tak best.. Lately, kesihatan pun agak x mengizinkan, dah 2 minggu demam on off je..now, minggu ke-3 naik plak ruam2 merah.. Hmm, semua tu dugaan kan... Tak pe la, bukan selalu pun dapat sakit, sekali sekala je.. Bila dah sekali sekala tu, biasa la akan teruk ket..hihihi.. pastu, degil la plak x nak gi klinik.. ish, fai..fai.. ;p..

ok la..kite gi sambung wat keje ye..Daa ;).......

Tuesday, September 21, 2010

~~ ApakaH yG TerJadi??? ~~

Hai semua..Selamat Hari Raya Aidilfitri ye kawan2.. Br la ni nak wish kat korang semua..Mesti korang semua enjoy n hepi kan ngan raya thn ni.. Aku?? hmm..tah la, biase2 je coz gi jalan2 raya thn ni time raya ke-2 je.. Kete meragam, raya kedua br leh hidup..haishh.. Tahun ni bj raya ak terlebih 1 psg, lum sempat lg nak pakai (xde lebih pn sbnrnye, gatal thn ni gi beli 3psg bj..;p)..

HHmmm..pe lagi nak cite erk.. Actually, now i'm a bit BLUURRRRR.. Macam2 ade dalam kepala otak ni.. Owwhh, sy sangat2 x ceria.. Ade sape2 x yg sudi buat sy tersenyum??? Anyone plzzzz!!!! CiF sy ckp, prestasi keje sy dah merosot.. Yes, i knew it.. Sy sangat x bersemangat nak buat keje2 sy.. maafkan sy cif, maafkan sy semua ;(..

Hopefully sy dpt balik semangat keje sy.. Sok de b'fast kat office, mcm b'fast2 sebelum ni.. Kali ni, giliran team Account & admin 1st handle.. Sy kena la ceria2 sok.. Gud Luck utk sy ;).. k la, daa....

Monday, September 6, 2010

Ex-SAMSML'86 BiKin KeCoH @ CeRaNa????

Hahhh???Hotz ni, panazz2..huhuhu.. Akhirnya, selesai sudah majlis buka puasa yg telah dirancangkan.. Alhamdulillah, semua berjalan ngan lancar.. Kengkawan yg hadir mmg hapening giler.. Cayalah korang ^_^.. Thanks a lot coz sudi support event ni.. Tak lupa juga, tQ to CiK Sophia atas tajaan lokasi (kami dpt diskaun la..hihi), tQ to CiK Shyra yg masih kekal menjalankan tuGas beliau sebagai bendahari b'tauliah (uish..dasyat ni.).. tQ jgk to FauzaN for the suggestion of this event n ShaM for the location of this event (baik punya kipas..huhu..).. Sayang ngan korang semua ;D..

* AsHraf * Safuraa * ZaiNab * FauZul * FizaH Rani * FauZan * ShAm * Ain Hassim * Raja * sHyRa * PanteR * FaiSail * RamZan * RooSMan * SoPhiA * ZaiNuddiN * ZiHan * RoBeK * Fai * Umi * DauS HamDan * EcHah AzaM * IsraHanee * IzHam *

- wiF cIk SopHia -

- CiK ShyRa -

- ShaM n FauzaN -

---------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------


~THANK YOU KAWAN2 ~

~ Jumpa lagi tahun depan ye ~

** Thank you to en.Roosman yg sudi bawak sy gi reunion ni ^_^..

Friday, September 3, 2010

eSok HaRi -- 04 Sep '10

Wahh, sekejap je masa berlalu, lg 7 hari je nak raya..hihi.. Hmm, tadi gi bank nak tukar duit raya..Nak duit baru, tapi tak de la plak..Demand punya pasal, bila gi balik kaunter td, dah tutup la plak..uwwwwaaaaaaaaa :(.. So tahun ni adik2 kecik x yah duit raya la ye..bleh x??hehehe (mcm de dak kecik lak yg baca post ni..hikhikhik..)
-----------------------------------------------------
Now balik pd tujuan asal..Actually nak bagitau, esok adalah hari yg aku tunggu2.. B'coz, sok we all punya gathering ;).. Now dah de lebih kurang 24 orang yg mengkonfemkan diri..Wahh, x sangka ramai gak sudi join.. But harap2 akan lebih ramai la yg dtg on that day.. Kasi gegar itu tempat..hikhikhik..
----------------------------------------------------
Hmm.. k la dulu, nak cari mood keje lak.. Dah lama hilang x muncul2 ni.. Haishh..pe la nak jadi kan.. ;p.. Daa ^_^ ~~~~

Wednesday, August 18, 2010

Pengumuman...Pengumuman....!!!!!

Salam sejahtera, sari berita utama.. Terdapat perubahan pada tempat di mana Majlis Berbuka Puasa bg ex-SAMSMEL (1986 a.k.a 99-03) akan diadakan.. Perubahan adalah seperti berikut:-


Tempat: Cerana Seafood Restaurant, Cheras.
Tarikh: 04/09/10 (Sabtu) --> tiada perubahan ye..
Masa: 6.30pm - 9.30pm --> anggaran sy ;)
Bayaran: RM50 (xde la bulat2 kene byr byk tu..leh dpt diskaun if lbih 20org join ;D)



Sebarang kesulitan amat dikesali..tQ..



**Hopefully ramai leh join ;)

Tuesday, August 17, 2010

Salam Ramadhan..

Assalamualaikum kawan2 =).. hari ni dah hari ke-7 kita berpuasa, so far belum ada pape entry dr ak dlm bulan puasa ni kan.. Selamat Berpuasa kawan2 ^_^.. Eh,choopp... Korang puasa ke tak ni?? Semua dah besar panjang kan, x baik ponteng2 puasa k.. Pada kaum Hawa, kalau diorang x puasa tu xpe, bersebab..hihihi.. but jangan kelentong2 k.. xMo2 ;D..

Emm, ak nak share sikit 1 info.. Kami ex-student SAMSMEL nak wat Majlis Berbuka Puasa pd 4hb Sept 2010 ni.. Tempat yg menjadi lokasi kali ni kat Taman Warisan Pertanian, Putrajaya.. Actually, x sengaja terjumpa tempat ni on last Saturday.. Kebetulan ak n si dia gi berbuka kat situ, so ternampaklah banner promosi Bufet Ramadhan tersebut.. So dia soh cadangkan la kat Fauzan (selaku leader majlis ni..).. Time tu ak blurr ket, lapar kot..huhuhu.. Then, keesokkan harinya, ak pun inform la kat 4zan.. Now xmo pening2 kepala, we choose that bufet..

Sebaran maklumat dan jemputan telah pun dibuat.. And kengkawan seangkatan yg berkenaan dikehendaki mengkonfemkan diri before 27hb Ogos 2010, beserta bayaran ye..hihi.. Hopefully ramai la kengkawan yg akan join majlis.. bila lg nk berkumpul reramai kan ^_^...

p/s: Last year buat kat JM Bariani, Bangi.. Alhamdulillah, sambutan agak menggalakan =)..

Monday, August 9, 2010

iNi sAyA...

Bukan senang jadi seorang yang bernama Faizurani.. Berperangai seperti Fai, beremosi seperti Fai.. Kadang kala, diri sendiri pun tak dapat nak paham dengan kerenah Fai.. Menginginkan kesempurnaan, walaupun tahu hakikat kehidupan tak semua orang sempurna.. Ingin merealisasikan bermacam-macam impian, semua tu tak mudah.. Perlu perancangan yang betul, kalau boleh buat la satu2 dulu.. Tapi Fai ni selalu je nak buat semua sekali gus.. Ish..ish..ish.. Mana boleh camtu kan..(^_^)
-------------------------------------------------

-- *_* sy membesar dgn sihat *_*--

Friday, July 30, 2010

:: Kisah Kau Dan Aku ::

Kali pertama kita bersua,
Terpana ku melihat senyumanmu,
Rasa hatiku ingin berjumpa,
Dan berbual mesra dengan dirimu..

Ohh, riangnya hatiku,
Bila kau menyambut salam dariku,
Gembiranya rasa,
Bila bisaku mengenali dirimu..

Uuuu..Uuuu..U u U..
La..La..Lalala..La..La..Lalala..

Mata melihat, kita berdua,
Bercanda ria,
Mungkinkah ada, yang kan mencemburui,
Kemesraan kita.. O o O..

Itu semua..tak ku peduli,
Itu semua..pandangan saja,
Cukup saja kau disisi,
Cukup kita berdua saja..

O o O o O...O o O o O..O o O..

Kisah kau dan aku ^_^...


**************************************


p/s: saja suka suki penuhkan blog..hihi ;D

~ Cukup Sampai Di Sini ~

**
Cukup sudah semua yang ku lihat,
Tak sanggup lagi ku menghadapinya,
Kau cintai dia lebih dari aku,
Cukup saja kita..sampai di sini saja..


Tika kita..mula bersua,
Tak ku kenali..siapa dirimu,
Tika kita..mula berjumpa,
Tak ku duga..ku terpaut padamu,


Ku tahu..itu dusta,
Ku tahu..kau bukan milikku,
Semoga..ku kan lebih tabah,
Dan semoga mampu ku melupakanmu..

**
---------------------------------------------------
p/s: layan je la ye...;p

~ Sepi Hati ~

Sunyi..sepi,
Sedih dan pilu,
Rasa hati,
Tak siapa tahu..

Tangisan ku tahan,
Ke saat ini,
Tak daya lagi menahan,
Bercucuran kini..

Bila aku,
Kenangkan yang lalu,
Membuat hatiku,
Bertambah sayu..

.............................................

Bila engkau,
Tak lagi di sisi,
Dan bila engkau,
Berjauhan kini..

Tak termampu untuk,
Ku menahan rindu,
Rindu ku padamu,
Kan slalu padamu..

Hadirlah kasih,
Ohh syangku,
Hadirlah menemaniku,
Ke akhir hayatku..

:: Pertemuan Kita ::

Tak mungkin kulupakan,
Saat pertemuan kita,
Antara kau dan aku,
Kita saling tak mengenali..

Dan masa berlalu,
Tiada kuduga,
Kita bertemu kembali,
'Tuk kali kedua..

Ku syukuri,
Pertemuan ini,
Menyatukan hati,
Antara kau dan aku..
Ohh..Tuhan,
Ku cintainya,
Berkatilah jalinan ini,
Bahagia selamanya..

Namun ku akui,
Jalinan suci ini,
Tak mudah diharungi,
Tanpa dugaan menghalangi..

Harus ku akui,
Kau terbaik buatku,
Setia menemaniku,
Di setiap nafasku..

Wednesday, July 28, 2010

Lukisan Tanpa Arah Tujuan...

-- saya suka melukis --
-- tapi saya tak mahir melukis --
-- jadi saya main conteng2 saja --
-- akhirnya ini la yg terhasil [sila rujuk gambar di bawah] --


Wednesday, July 21, 2010

HaRi SaBtuKu [[17 JuL 10]]

Diz is last Saturday story, hari yg penuh dengan aktiviti..i like ^_^.. Ceritanya camni, my first planning for that saturday just nak gi dating kat taman bunga ;p...Ehh, ehh..bkn taman bunga, gi Floria 2010 @ Putrajaya la..hehehe.. But suddently dapat lak info ada kawan sekolah yg kawin hari Sabtu tu -- SHAHIRAH (aka Ira kecik) & AMIRUL...Pening gak ak nk arrange semula xtvt aku ni, maklumla org rajin keje hari Sabtu kan..[uhhuukk2, sabtu bkn ke ak mmg keje?? ;p].. Takut x sempat je nak sampai ke umah majlis tu, tp kami redah je (kami = aku & dia)..



Dan kami pun sampai, pengantin tgh main2 sanding2 time tu.. Kengkawan lain lak dah kenyang makan.. Diorang datang lebih awal dr kami coz dah lapar..ish..ish..iah.. (hihi..jgn mrh ye kwn2 yg b'kenaan ;p..).. Sangat ralat coz x dapat nak gambo reramai ngn kengkawan n pengantin coz time tu kami tgh makan ;(.. Kebetulan lak, ak terjumpa sorang pensyarah akaun politeknik ak dulu, Pn.Hasnah namanya (hampir2 ku kelupaan namanya).. tegur la jap gitu2 ye tak ;-)..
~ ni je gambar pengantin yg ak sempat snap ;D ~
=====================================
Kejap je ak kat majlis tu, dah la sampai lmbt..bila kengkawan balik, ak pun ikut balik..hahaha.. Pape pun tQ ye pengantin ;D.. Then kami meneruskan perjalanan ke destinasi FLORIA 2010 @ PUTRAJAYA.. Akhirnya tercapai gak impian aku nak gi floria tahun ni (impian tuu..jgn main2..*_*).. Sampai je terus gi round da world..hihi.. Banyak bunga, byk gak dah layu..ish, pe la nasib.. But still ada yg fresh.. Layan je la..


iF compare Floria 2009 & Floria 2010, ak rasa tahun lps punya lebih cantik kot bunga2 yang ada n hiasan2nya agak menarik.. Walaupun tahun lps xde la byk sgt tempat yg nak di kunjungi n aku gi pun time last day dia.. (ni just pendapat aku je..hmm..).. But this year not bad la, lagi banyak hiasan yg dipersembahkan..Siap ada watak Spongebob lak tuu..huhu.. Penat berjalan, kami rehat n mkn jap.. then chow cincau.....




Ooppss.. tak habis lg oke.. Dalam p'jalanan pulang dr floria, dengan tiba2 si Dia b'kata - "Jom tgk bola nak x??".. Hahh??biar betul, de bola ke mlm tu..hihi.. Then aku pun ckp, ok ikut je ^_^.. B4 tu bgtau dulu kat parent ckp nak gi tgk bola..hihi.. Excited??? Ada gak r, sebab tak penah masuk stadium..hahaha.. So xtvt tambahan ak on that day is tengok bola live kat Stadium Shah Alam, Selangor Vs Pulau Pinang.. Nasib baik Selangor menang 3-0, tak sia2 pengalaman ak first time masuk stadium..hahaha ;p..





Amacam, banyak tak xtvt ak??hihihi.. Byk sikit je kot..Pape pun aku enjoy on that day.. i've got my first experience (btl x ak eja ;p) masuk stadium ^_^.. hahaha.. Gile excited ak ni..huhu.. Ok la kengkawan.. daa.. =)

Friday, June 18, 2010

Nyamuk?? Lebah?? Kuda Belang??

Hollaa semua... Hhmm, apasal la ak nak buat tajuk cam kat atas tu erk?? Nak tau kenapa?.. Kisahnya begini... [[sila rujuk gambar di bawah]].


Actually semalam ak pakai Baju Belang2 ni gi ofis.. Dan ni bukan la first time ak pakai gi keje, banyak kali gak la.. Tapi, tah kenapa bila semalam [[b'samaan 17/06/10]] aku pakai, ketiga2 gelaran diatas t'kena kat aku.. Ishh, same ke baju aku ngn nyamuk??, lebah?? n kuda belang??

Fikir2 jap, memang de same la kot..hihi.. Marah??? emm, tak la.. Ak tak marah pun..Bila balik rumah, ak gelak sendiri2.. Kelakar la plak tiba2 dpt 3 gelaran sekali gus..huhu.. 1 peristiwa lain pasal baju belang2 ni gak, mase ak gi kedai topup sebelah umah ak.. Secara kebetulan, 4 org yg ada dalam kedai tu semuanya berbaju belang..hihi..Terus aku gelak besar , x cover langsung.. ^_^..hihihi..



------------------------------------------

Ape2 pun, aku suka je pakai baju ni..*_*

Saturday, June 12, 2010

:: No.54 @ MelaKa ::

Hai kawan2.. Ni la holiday trip kami yg dah ak uar2kan dalam post sebelum ni.. "Percutian ke Melaka ^_^"..


Dekat tapi jauh..hahaha..camne la tu kan??hehe.. tercapai gak hajat kami nak bercuti b'sama ngan kesemua ahli no.54 kali ni. Tahun lepas, trip ke Port Dickson, cik Nasuha x dapat nak join kami.. Tapi kali ni tidak lg..=)

Perjalanan di mulakan seawal 4hb Jun (malam) menuju ke rumah makcik Zaidah yg terletak di Seremban. Malam Sabtu tu kami menumpang kat umah makcik dia, pg Sabtu (5hb Jun) baru kami b'gerak ke Melaka. Hmm, keluar je tol terus pegi Petronas, cari map.. Maklum la, kami semua x tau jalan, map t'sebut salah 1 guide kami sepanjang di Melaka.

Dapat map, firstly kena cari is our tempat penginapan kami "Accordian Hotel", kat tepi jalan je hotel ni.. Sib baik dpt hotel ni, majoriti hotel2 yg ada semua dah full..huhu.. Ni la padah prepare last minute punya trip..hihi.. But kami x trus check-in, coz org tu ckp bilik blum siap lg, pukul 2pm br siap.. Jam baru pukul 12 lebih, so kitorang gi la ronda2 cari makan.. Lapar beb..=)

Then we all teruskan p'jalanan mendaki anak tangga menuju ke puncak kota A'famosa.. Fuhh, penat gilerr, nak tercabut kaki ni..hihi.. Ramai la pulak org kat Melaka ni.. Mana taknya, kebetulan trip kami ni time budak2 cuti sekolah, n kebetulan gak de function "Perasmian Sungai Melaka".. Tu pasal jem teruk, sgt susah nak dapat parking.. Tapi bak kate Masliza - "rezeki anak2", tiap kali tu la kami dpt parking..hihi..

Dah penat pusing2 bandar Melaka tu, kul 2 lebih kitorang pun balik hotel rehatkan badan.. Fuuhh, penatnya, br jalan sikit je tuu =).. After rehat yg ala kadar tu, kul 4 lebih kami keluar meneruskan perjalanan.. Next destination is Menara Taming Sari.. Best gak naik menda alah tu, walaupun x wat pape, just duduk je, view dari puncak menara tu sangat menarik..=D.


Then sambung lagi jalan2 sampai ke malam (xtvt kitorg hr tu ak ingt2 lupa je..hihi).. Bila malam menjelma, kitorang jalan2 kat Jonker Walk.. kat cini macam2 ada, its like chinatown coz majoriti chinese yg b'niaga kat cni..hihi.. Mase ni kaki den x tahan dah, xlarat nak jalan lagi..huhu.. Kluar dr Jonker Walk, menuju pula ke River Cruise.. Yang ni x yah nak jalan2, duduk je dalam bot tu..hehe..


Tgk jam, oppss dah dekat kul 12am??? Perut dah berkeroncong ni..huhu..kami pun gi la cari makanan, fast food je..dah x larat nk makan yg berat2..hihi.. Lepas makan moh balik tido..Zzzzzzz...
Next day Ahad (6hb Jun), planing nk b'jalan2 lagi.. But, kepenatan yg teramat sgt, jalan dlm bilik je la pg tu sampai la check out..huhuhu.. Before balik, isi perut dulu n jalan2 buat kali terakhirnya..yeayy..!!!.. Dalam kul 4 lebih, kami pun bergerak meninggalkan Melaka ^_^.. Sekian..