Thursday, December 31, 2009

31 December 2009 -- Perjalanan Hidupku

KHAMIS -- Hari ini, hari terakhir dalam tahun 2009.. tahun yang banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis dalam setiap hari2 yang aku lalui.. Macam2 perkara yang terjadi dalam hidup aku.. Walaupun tak semua perkara yang aku lalui itu indah, namun aku percaya setiap apa yang terjadi ada hikmah yang tersendiri.. Dan setiap apa yang terjadi itu, telah mematangkan aku untuk mengharungi kehidupanku dengan lebih berhati2..


--- letih la pulak nak pk ayat skema..hihihi..---



KERJA -- Aku kerja kat company yang sekarang ni dah hampir 2 tahun.. tak sangka gak aku boleh tahan selama ni, dulu target setahun je sebab konon2 nak sambung study..hihi.. This year xde dinner, tp ape yang ade just makan2 je.. Best gak gi makan Japanese Food kat Legend Hotel ^_^.. Then, lain2 xtvt yg ade is Breakfast Session, handle by each department, tiap2 bulan pd hari Rabu miggu ke-2.. Dah 2 kali round b'fast ni, 1st round xde tema, so masing2 fikir sendiri nk wat pe..hehe.. Menu utama team kami is Roti Jala with Kari Ayam n Popia basah.. Then 2nd round plak dgn tema Healthy Food, kami wat Macaroni n sandwich + pancake dll (healthy la kot..hihi).. Keje ok, still boleh enjoy2, tapi pandai2 la bwk diri..=)


KAWAN2 -- Sangat seronok bila kite ada kawan yang ramai.. Dengan kawan2 la tempat kite leh enjoy n melepaskan segala ketensionan yang ade..hihi.. Tahun ni banyak gak aktiviti aku bersama rakan2, de reunion, gi bercuti, buka puase n lepak2 buang mase.. best2...hihi..


REUNION -- So far utk tahun ni, ada 2 Reunion yang berlangsung --> reunion dgn kengkawan sekolah menengah & housemate kat Rumah no.54..

  • SAMSMEL 1999 - 2003 : reunion n xtvt paling banyak aku bersama kawan2 utk tahun ni.. Utk tahun ni je kitorang wat 2 perjumpaan yg besar x besar gak la, 1st mase bercuti kat Pulau Tioman, after that Majlis Berbuka Puasa kat JM Bariani.. Lain2 xtvt lak juast jumpa mase raya n kat kenduri2 kawen member je la..(^_^)

  • Rumah No.54 : Ahli rumah terdiri drpd Latifah, Masliza, Faizurani (aku..hihi), Nor Zaidah & Siti Nasuha.. Lame gak x jumpa ahli rmh ni, terbaru pd sesi karaoke kami 25/12/09..hihi.. B4 this de gak g bercuti kat Port Dickson, tapi x cukup korum coz Aby x dpt join.. Tapi xpe, akhirnya kami dpt gak jumpa b'5..(*_*)

LEPAK -- aku bukanlah kaki lepak yang suka buang masa tak tentu hala.. Tapi aku mmg suka buang masa..hahahaa..[pe benda tah aku merepek ni..=p].. Kalau korang nak tau, aku ni suka la sangat lepak sorang2 melayan perasaan..hihi.. Ni la tabiat n xtvt yang aku suka buat lps hbs keje hari sabtu.. Mmg benda ni dah sebati la dengan jiwa aku, dari dulu sampai la sekarang, bosan je gi lepak.. Apa yang akan aku buat, gi Klang makan McDonald [i like double cheese burger..=)], then lepak cc kat Centre Point..hihi.. Tapi kan, suatu hari aku gi lepak, t'nmpk la 1 p'gaduhan.. Seram gak mase tu, tp lapar punya pasal, aku beranikan diri gi makan gak..huhu.. But lepas dr peristiwa tu, aku dah lame x lepak situ.. Kak Dila telah menyelamatkan aku dr lpk sorang, kdg dia bwk aku lepak Kopitiam Pak Li..best gak..hihi..


FAMILY -- i love my family, saya sangat sayang my Big Family ^_^.. Tak byk sgt stori yang nk di kogsi tentang my family.. Apa yang ada, 1 xtvt yg tak kan dilupakan is Birthday Celebration.. Walaupun tak seberapa sekadar ada kek n KFC, itu sudah memadai utk kami sekeluarga spent time together..=)


KESEDIHANKU -- macam2 ade kalau cite bab sedih2 ni.. perlu ke nak cite kat sini erk?? aku rasa tak perlu kot, biarlah kesedihan yang pernah aku lalui, tersimpan rapi dalam kamus hidup aku.. Pada siapa yang tahu, tahu la.. Yang tak tahu, aku biarkan mereka tak tahu.. Biar aku cite yang ceria2 je k.. Hidup perlu diteruskan.. Chaiyyokkk2!!!!!!



KESAYANGANKU -- saya sayang kucing saya, tapi saya tak pernah nak main2 dgn kucing saya..hehe.. saya sayang barang2, koleksi2 saya, dari dulu sampai la sekarang.. saya sayang PooH saya, walaupun ada 1 bear lg, tapi Pooh gak yang best..hihi.. hhmm..lagi ape ye??? saya sayang semua yang ada di sekeliling saya (*_*).. mula la madah2, skema2 lg..



PERCINTAAN -- suka2, sangat suka (^_^)hihihi.. aku semamangnya suka utk mencintai, dicintai, dikasihi, mengasihi, disayangi dan menyayangi.. semua orang pun sukakan semua tu, kan..kan..kan..=).. So far alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar.. Gaduh2 manja tu biasa la, tu kan satu proses utk mengenal hati budi.. i love him (*_*).. hihi..


AZAM BARU 2010 -- actually, aku ni bkn la orang yang selalu buat azam baru tiap2 tahun coz aku x penah berazam pape pun..hihi.. Tiap2 tahun baru, kehidupan aku same je.. Sambut New Year dpn tv or lepak dalam bilik je..=).. But utk tahun 2010 ni, buat pertama kalinya aku ade azam aku sendiri [selalu dgr azam n cita2 org je..huhu].. Macam2 planning dah ready dalam kepala aku ni, nak aku cite kat sini, cam segan la plak kan.. Xpe la, biar aku rahsiakan(ish rahsia lg..=p).. Apa yang penting, teringin sgt nak dpt duit banyak2... Dapat x dapat, aku nak jugak..hehehe.. Berangan je lebih aku ni..=p..


*******************************************

Wahh..bila dibelek2, panjang gak aku membebel kat last entry aku utk Tahun 2009 ni [sungguh tak kusedari..].. Aku rasa cukup la setakat ni je.. Apa yang aku harapkan, semoga Tahun 2010 yang akan muncul ni memberi sinar baru dalam kehidupan aku, family aku, rakan2 aku dan utk semua2 org la.. HAPPY NEW YEAR!!!!!!!!


Wednesday, December 30, 2009

Khabar Gembira Rakan2 Ku :)

Tahun 2009 ni, bermacam khabar gembira yang dah aku terima tentang rakan2 ku.. Salah satu khabar gembira yang ingin aku kongsikan disini ialah tentang "Majlis Pertunangan" kawan2 ku.. Walaupun agak terlambat untuk aku mengkhabarkan tentang pertunangan mereka2 ini, aku harap mereka tak berkecil hati.. Sejak kebelakangan ni pun aku agak kebuntuan idea nk update blog.. So bila idea ni datang tiba2 pagi ni, dengan sepantas mungkin aku taipkan utk tatapan korang semua =)..

02 August 2009 -- My housemate masa study kat politeknik dulu Nor Zaidah telah mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati dia Masror.. Majlis ringkas dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak serta rakan terdekat.. Aku gi majlis ni ngan Kak Eifa, maklum la, aku xde transport sendiri =).. Antara 5org hausemate aku, rasanya Ejai la yg akan kahwin dulu kot..hihi..


05 December 2009 -- Yang ni plak my ofis colleague, seorang kakak yang agak rapat dengan aku kat ofis.. Nama diberi Faradila, telah mengikat tali pertunangan dengan pilihan hati bernama Yus (aku x tau pe nama penuh dia...hihi).. Di majlis kak Dila ni, aku sedaya upaya menjadi seorang cameragirl yg terbaik..hehe..
26 December 2009 -- Majlis paling latest setakat ni [kiranya majlis penutup la..hihi], pertunangan antara Wan Salfaizura dan Isnawawi.. Zura ni jiran kat Behrang 2020 dulu yg juga my classmate.. Setahu aku, diorang ni dah agak lama bercinta, akhirnya hubungan mereka telah beranjak ke satu level lg sebelum ke alam perkahwinan.. **maaf ye zura coz x dpt dtg majlis tunang hari tu..


Dan tiba2, datang la plak idea untuk update tentang "Majlis Perkahwinan" hihi.. Tahun 2009 ni gak, ada beberapa rakan sepersekolahan n sekerja aku yang dah pun melangsungkan perkahwinan dengan pasangan masing2.. So aku update seringkas yang boleh la ye =).. Seingat aku, ada 3 majlis yang aku pergi iaitu majlis kawan sekolahku Fahmi+Fizah n Azlinah+Fadli, then majlis rakan sekerja aku Sa'adiah+Fidzhar..


Itu sajalah antara khabar2 gembira rakan2 ku yang dapat aku update.. Aku percaya, pasti ramai lagi rakan2 ku yg juga telah melalui hari bahagia mereka dalam tahun 2009 ni.. Buat kawan2 ku sekalian Ejai, Zura n Kak Dila -- Fai doakan semoga hubungan korang semua berkekalan hingga ke akhir hayat.. dah nak kawen nanti jgn lupa jemput tau (^_^).. Dan buat yang baru berkahwin tahun 2009 ni n tahaun2 sebelumnya, Fai juga mendoakan yang terbaik buat korang, semoga berkekalan ke akhir hayat..amin...

Monday, December 28, 2009

~B'GuMbiRa b'SaMa peNgHuni RuMaH No.54 ~

25 December 2009, Friday...

Hai guys!! Dah lama aku tak update blog ni kan..but today, aku de something special gambar n my happy day with my luvly frenz yg nak aku kongsikan bersama kat blog ni.. Pd tarikh 25 dec 2009, buat kesekian kalinya aku dan rakan2ku iaitu penghuni RuMah nO.54, Behrang 2020 mengEnjoykan diri bersama2 =)..


On that day, we all gi karaoke kat Red BoxRia, Sogo selama 3Jam (lama gak tuu..) After that, kami meneruskan perjalanan ke Tasik Titiwangsa n lepak2 je kat situ.. Dah lama tak jumpa, so dgn sedaya upayanya aku nak m'snap gambar sebanyak mungkin..Tapi, sgt sedih sebab...kamera aku rosak la pulak..uwwaaaa....='(.. So pic yg de sgtla terhad n de sedikit kerosakkan pd pic2 t'sebut.. Tapi xpe, aku telah berusaha gigih [gigih la sangat..hihi] mengedit gambar yang ada menjadi selawa mungkin..huhu.. So lihatlah hasilnya, walaupun x seberapa, aku sangat2 suka...ngehehehehhe...(^^,)


Buat Mamas, Ejai, Aby & Kak Eifa --> thanks a lot coz sudi meluangkan masa pd tarikh 25 Dec 2009 hr tu.. Fai akan sentiasa ingat n rindu kat korang semua.. Kenangan bersama korang semua sewaktu menghuni RuMah no.54 tak kan fai lupakan..[terutamanya time korang main getah dalam umah tuu..hihi..] Miss you my Frenz.....mmuahhzzz...

Tuesday, December 22, 2009

:: KeRinDuaN ::

Bila aku cinta, aku rindu..
Bila aku sayang, aku rindu..
Bila aku kasih, aku rindu..
Bila aku sunyi, aku rindu..

Mungkinkah kau tahu, rasa hatiku..
Mungkinkah kau tahu, isi hatiku..
Mungkinkah kau tahu, keinginanku..
Mungkinkah kau tahu, semua itu..

Emosiku tidak menentu..
Saban hari terasa rindu..
Sudah lama tidak ketemu..
Membuat ku tertunggu-tunggu..

Tanyaku padamu..
Adakah kau pun merinduiku?
Dan ku terima jawapanmu..
Kau jua merinduiku..

Alangkah gembiranya rasa hatiku..
Andai dapat berjumpa denganmu..
Saat yang ku nanti, ku tunggu-tunggu..
Melepas rindu antara kau dan aku..

Monday, November 30, 2009

Aku Dan Diriku

Aku -- ialah saya yang bernama FAI..
Diriku -- kehidupanku, hari2 ku, kesukaanku..


Hhmm...tak tau la ape motif dan kaitannya antara Aku Dan Diriku, mungkin tiba masanya aku nak merapu meraban kot..hihihi.. Dah berkurun rasanya tak menaip kat blog aku ni, dah berhabuk aku tengok. Tak ade ape2 news yg menarik untuk dikongsi dengan korang2 semua yang sudi menjenguk ke blog aku ni.. Ape2 pun, terima kasih bebanyak buat kamu2 yg masih sudi singgah di sini ya..^_^

Aku Dan Diriku -- kebelakangan ni aku sangat2lah suka untuk bermadah, bersajak, berpuisi n bernyanyi.. Hinggakan, kadang2 aku sendiri pun tak paham, ape ke hal nya yg jadi kat aku ni hah??hhmm... Jika korang perasan post2 aku dalam bulan November ni, majoriti post2 yg ade hanyalah sekadar kata, madah2 yg kononnya aku anggapkan sajak..ceewwaahhh.. (mcm la pandai sgt nk bersajak =p)

Idea2 utk setiap kata2 yang aku coretkan tu semua, datang dengan sendirinya.. Tiada ugutan mahupun paksaan dari mana2 pihak =).. Tahukah korang?? Aku dapat rasakan, alangkah gembiranya hati bila dapat melengkapkan tiap2 rangkap madah/kata2 yang dah aku mulakan.. Kerana, kebanyakkan kata2/coretan2 itu semua melambangkan perasaan yang sedang aku alami.. ^_^ [tp xsemuanya k]

Hhmm...cukuplah dulu buat kali ni.. Dah tak tau nk taip pe lg ni.. So diharapkan korang2 semua jangan la berasa jemu or geram bila jenguk kat blog aku ni ye.. Kalau2 tiap2 kali korang jenguk asyik2 ayat2 jiwang je yang ade..hehehe.. Jumpa Lagi... ~~(^_^)~~

Wednesday, November 25, 2009

.. InSaN BiAsA ..

Aku manusia biasa..
Punya hati dan perasaan..
Aku manusia biasa..
Yang juga punya keinginan..
Aku manusia biasa..
Hanya ingin berkongsi rasa..
Rasa dari hati dan minda..
Sekadar untuk renungan bersama..

Mungkin jua caraku salah..
Mungkin jua caraku tidak betul..
Mungkin jua caraku tidak sesuai..
Dan caraku tak dapat memenuhi kehendak semua..
Tapi siapalah aku ini..
Hanya seorang insan yang tak punya apa..
Berbekalkan pemikiran yang tidak seberapa ini..
Ku tetap ingin bercerita..


+++++++++++++++++++++++++++++

Sejak kebelakangan ini, aku asyik dengan kesukaanku untuk melahirkan rasa hati dengan kata-kata. Coz, dari kata2 itu dapat aku rasakan sedikit ketenangan terbit di hati ini. Maka kamu semua janganlah berasa hairan kalau Blog aku ni di penuhi dengan madah2 yang tak berkesudahan..hihi..

Tuesday, November 24, 2009

~:: Kau Aku ::~

Aku di sini..
Menantikan hadirmu..
Aku di sini..
Dahagakan kasihmu..

Kau di sana..
Adakah pun begitu..
Seperti aku..
Mengharapkan dirimu..

Aku mengerti..
Kehadiranku ini..
Tak disenangi..
Oleh mereka di sana..

Kau akui..
Kenyataan itu..
Dan kau tak peduli..
Kata-kata mereka..

Kau terus bersama..
Menerimaku seadanya..
Aku pun jua..
Terimamu seadanya..

Biar beribu dugaan..
Datang menimpa..
Ku tetap setia..
Setia kepadamu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, November 23, 2009

^^ NotaKu ^^

**********************************

Mahu kamu ada di sini..
Mahu kamu dekat denganku..
Mahu kamu ada di sisi..
Mahu kamu membahagiakanku..

Tak ingin kamu jauh dariku..
Tak ingin kamu menyakitiku..
Tak ingin kamu mendustaiku..
Tak ingin kamu pergi dariku..

Sedalam mana lautan hindi..
Begitulah dalamnya cintaku ini..
Sederas mana ombak menghempas pantai..
Tak kan bergoyah cintaku ini..

Biarpun badai taufan melanda..
Dan musim silih berganti..
Rasa cinta dihatiku ini..
Tak kan boleh ditukar ganti..

***********************************

:: Coretanku ::

Aku tahu kau cintaku..
Aku tahu kau sayangku..
Aku tahu kau kasihku..
Kau pun tahu semua itu..

Bila mana kau disampingku..
Ku hargaimu, kau jua pun begitu..
Setiap saat yang berlalu..
'Kan sentiasa segar dalam ingatanku..

Dugaan yang datang silih berganti..
Satu menghilang, satu kembali..
Ku kuatkan semangat, katakan pada diri..
Tiap dugaan pasti ada hikmah tersendiri..

Aku sedar siapa diri ini..
Hanya insan kerdil yang ingin disayangi..
Ingin dicintai dan dikasihi..
Oleh dirimu kekasih hati..

**nukilan lahir dari hati..

Wednesday, November 4, 2009

T.E.R.K.I.N.I.

Lately, macam2 perkara jadi kat aku. Ada yang menggembirakan, menyedihkan, menyakitkan hati, membuat aku terharu n macam2 lagi la. Orang kata, perkara yg sedih usah dikenangkan, biarkan ia berlalu n jadikan ia satu pengajaran dalam hidup. Aku setuju dengan pendapat tu, so adalah lebih baik aku biarkan peristiwa sedih yg agak menyakitkan hati gak tu lenyap dr ingatan [[moga2 berjaya diupuskan..amin..]].
**************************************************
G.E.M.B.I.R.A. <----- aku sangat2 gembira sekarang ni, nak tau sebab apa?? InsyaAllah kalau tak de aral melintang, kengkawan zaman sekolah rendah aku nak wat REUNION tahun ni. Hhmmm..rase best sangat, dah lame x jumpa diorang2 semua tau. Even aku still macam dulu, ada je dok kat Kampung Sijangkang tu, tapi masih tak berkesempatan nak berjumpa dengan kengkawan zaman kanak2 ku. Thats why rase teruja sangat.
***************************************************
Idea ni muncul selepas ak berjaya meng'upload gambar2 zaman sek dulu kat facebook. Seronok sangat dapat kumpulkan kengkawan lama n baca komen2 diorang kat gambar2 lama tu. Masing2 dilamun rindu dengan zaman sekolah dulu2 n rindu kat kengkawan semua.
***************************************************
Maka untuk 1st reunion kami, kitorang planning buat dekat kampung je. Itu lebih baik, dekat dan menjimatkan kos. Sekarang ni masih dalam proses mengumpulkan kengkawan dak kelas 6 Merah '98, try contact seramai yang boleh untuk join reunion ni. Hopefully, semua dapat join la kan, baru la best. Isshh...lame gilerr tak jumpa mereka2 semua. Pasti mereka semua dah besar panjang kan..hihi.. Zaman sekolah dulu kecik2 je semua, comey2..^_^..
****************************************
**Aku Rindu Kamu Semua (^_^) **

Friday, October 23, 2009

iNgatanKu PaDa keNanGan laLu (^.~)

Sejak bermenjak ni, terase rindu kat kengkawan lama. Rindu kat member2 sekolah rendah - Sek. Keb. Sijangkang, member2 sekolah menengah - SAMSML n member2 kat Politeknik Sultan Azlan Shah. Apa khabar mereka semua ye??
Maka dengan itu, tema hari2 aku untuk minggu ni [19hb - 24hb Oct 2009] is KEMBALI KE MASA LALU..hihi.. Sangat2 rindu kat kengkawan lame, paling lame ak tak jumpa kengkawan sek rendah aku --> Sek. Keb. Sijangkang.. Walaupun after hbs stdy, n sekarang ni dah pun berkerja dok ulang alik dr umah je, aku masih x berkesempatan nak jumpa kengkawan kampung. Lps je habis sek rendah, aku tak dok kampung. Aku dihantar dok asrama kat Sg. Merab Luar. Aku ni jenis suka memerap kat umah, so tiap kali balik cuti sekolah memang tak terjumpa la kengkawan kampung. Yang ade pun dlm sorang dua je la yg aku masih lg contact..

:: 6 Merah '98 ::

After sek rendah, sambung study kat SAMSML dari 1999 hingga 2003. ikutkan hati, pada asalnya aku memang tak nak la sek jauh2, kena dok asrama lak tu. Sangat2 sedih, 1st time berjauhan dr family tersayang. Hari2 rase nk nangis..hihihi [awal2 masuk je k!! =p].. Bila dah lama kat Sg.Merab tu, rasa syg gak nk tinggalkan sek tu. Aku ingat lg mase tu hbs PMR tahun 2001, actually my mum soh pindah masuk Sek. Teknik, coz dl pun my mum belajar situ gak masa start form 4. Tapi aku berkeras xnak pindah, dah syg sgt kat sek tu n kengkawan yg aku kenal mase tu.. And i'm very happy coz, sampai skrg we all still contact lg. Last kitorang jumpa ramai2 mase majlis berbuka puasa pd Ramadhan yg lepas. Mase Raya de gak jumpa diorang2 lg, but x ramai yg join raye same2..=)

Then, lepas tamat SPM sambung study kat Politeknik Sultan Azlan Shah, Tg. Malim, Perak.. Jumpa lagi kengkawan baru, dari pelbagai negeri..[[tp kebanyakan aku jumpa org Perak n Selangor je..=)]] Hmmm...dah lame tak jumpa kengkawan poli. Last jumpa dgn mereka semua mase Konvo kami kat PICC, Putrajaya. Lps2 tu dah tak jumpa dah, yang ade pun sekarang ni just contact with member2 uMah No.54 --> housemate2 ku (^_^).. Miss u guys!!

Bagi mengubati kerinduanku terhadap kawan2 ku semua, aku berusaha mencari semua gambar2 lame n video2 bersame kengkawan yg ade dalam simpananku.. Dan semua gambar n video tu aku upload dalam Facebook aku utk tatapan semua rakan2.. Rindu kat korang2 semua..(^_^)
=============================================

Friday, October 16, 2009

:::.. Seperti Dulu ..:::

Kita tak seperti dulu..
Walau jauh, masih tetap dekat..
Kita tak seperti dulu..
Walau sibuk, masih punya masa..
Kita tak seperti dulu..
Walau tak jumpa, tahu cerita..
Tapi kita masih seperti dulu..
Kau cintaku, aku cintamu..


-----------------------------------------------

it's aLL iN my MinD

15-Oct-09
aku masih menyayangimu..dan tak ingin semua berlalu..
bila mungkin engkau kembali..kembalilah kepada diriku..
seperti waktu yang dulu..bermanja kita berdua..
hanya engkau yg mengerti..tentang aku..

senyum seindah suria,dalam kehidupan..senyumlah dri hati,duniamu berseri..

hari silih berganti..tiap saat yg berlalu takkan mungkin dpt diulang kembali..
hargailah tiap detik yg dilalui..moga menjadi kenangan terindah dalam hidup ini..

14-Oct-09
kata hati cuba dimengerti, cuba difahami, cuba dipenuhi..
tapi tidak mudah bagi diri ini untuk mengotakan semua kehendak hati..

sendiri aku sendiri..bertanyakan pada diri..
tentang erti hidup ini..yang tak mudah untuk diharungi..
berkali ku berkali..yakinkan pada diri..
teruskan hidup ini..pasti yang indah sedang menanti..=)

12-Oct-09
why u so obsessed with me??

08-Oct-09
kau kenal aku, aku kenal kau..
kau kacau aku, aku malas layan kau..
aku tetap aku, pergi kau dari hidup aku..

sejak terpandang wajahmu, hatiku bertanya selalu..siapa dia, memikat pandanganku..

07-Oct-09
ku jatuh cinta..bak kerdipan bintang di angkasa..

06-Oct-09
menilai diri..siapakah aku..mengapa begini nasibku..
salahkah aku atas semua yg terjadi..
mampukah aku bertahan dgn semua ini??..
ku berserah..

05-Oct-09
tersentuh ku terharu mendengarkan kata2nya

i love to be myself..

02-Oct-09
menarilah dan terus ketawa, walau dunia tak seindah syurga..

hidup x selalunya indah..nasib x selalunya bertuah..



**petikan dr facebook ku...=)

Thursday, October 1, 2009

3rd Floor BanJiR....!!!

- 1st October 2009 -
BANJIR..BANJIR..BANJIR..!!! Sungguh tak disangka, ofis aku kat tingkat 3 boleh dilanda banjir hr ni.. PELIK?? tapi ini kenyataan.. masuk je ofis pagi ni air dh tinggi paras buku lali.. kalau la air tu melimpah time hari cuti, habis teruk la semue barang2 yg ade kat lantai ni.. Kerosakan hr ni pun dah cukup dasyat..ish..ish.. Memang ofis ni nak mintak dibasuh kot..hihi..
** Bergotong-royong basuh office **



** punca banjir **

Semalam 30th October 2009 satu gegaran melanda bahagian pantai barat Malaysia.. aku tak pasti sgt la sebab pe kan.. yg pasti agak menyeramkan la gak, sbb aku dpt rase badan aku bergoyang2.. =) hihihi..

-- mungkinkah ni kesan dr gegaran semalam?? --

*p/s: aku lum sempat lagi nak wish raye kat korang semue..maklum la dah lame x update blog.. SELAMAT HARI RAYA, mohon Maaf Zahir & Batin (^_^)..

Wednesday, September 9, 2009

BerBukA berSama GeNg2 SAMSMEL'86

~ JM BARIANI HOUSE, BANGI ~

~ Daus * TauFik * KaShful * ZiHaN * AyN * ShU * PhIa * FaI * UmI * LiNa * ShaFa * JuMari * HenDri * MaN * PanTher * iTam * 5ruZ * BaHa * RamZaN * ShyRa * RoBeQ * FiDa * ShAm * 4ZaN * aMai * aPiS ~

05 September 2009 --> kami geng2 SAMSMEL'86 wat majlis berbuka puase kat JM Bariani House, Bangi. Ni latest xtvt dgn kengkawan sek lps last xtvt reunion kat TioMan tu. Cerita bermula apabila Fauzan ((selaku leader yg m'arrange majlis)) m'ajak semua rakan2 utk turut serta, seawal 2minggu sblm majlis lg dh sebarkan sMs jemputan tu. Dan kepada sesiapa yg boleh dtg diarahkan m'konfemkan diri dGn m'reply sMs tersebut. Tetapi malangnye, respone yg diterima agak kurang memberangsangkan, bak kate 4zan 10 org je yg reply..hihi.. Maka setelah ditambah tolak campur bahagi, die just reserve meja utk 20 org je la.



Lokasi ni lak di pilih atas cadangan ShaM, 1 kepala RM28++. Satu lg sMs pun di hantar utk inform pasal harga tu n diarahkan b'kumpul seawal 5.30pm..((aku stg lps dr 5.30pm tuu..=p)). Sampai mase yg ditetapkan, masya'Allah..x sangka sgt ramai gak yang datang, 26 orang kesemuanye. Tak cukup meja nak makan, tu x menjadi masalah, makan gilir2 la..hehehe.. Yang penting, makan tetap makan n lepas makan jangan lupa bayar =p..


Lps habis makan, lepak n borak2 la jap ngan kengkawan, tanye p'kembangan t'baru. Habis je kat Bangi, diorang cadang gi main bowling kat Alamanda. Tapi tak jadi pun, taiko yg ajak tu pun ((Sham)) sampai lambat kat Alamanda tu, padahal kete dia yg gerak awal..hihi.. Tapi xpe la kan, ape yang penting enjoy sgt dapat jumpe kengkawan semua (^_^).. Next xtvt diorang rancang nak gi bercuti ke Cherating end of this year. ..TUNGGUUUUUUU..(^_~)

~~~~~~~~~~~MiSS u AlL (^_^) ~~~~~~~~~~

Wednesday, September 2, 2009

CeRiTa Ku

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan September 2009. Sekejap je mase berlalu, sedar2 dah masuk setahun setengah aku keje slps aku habis study kat poli. Hmm..kejap je kan.
Sekarang ni musim ujan, pose2 time ujan ni buat perut aku lapar je..hihi.. Persiapan raya??? hmm..satu pun x buat n cari lagi, biasenye aku buat di saat2 akhir nak dekat2 raye baru la nk shopping2. =)
Diz week 5hb Sep 09 - kengkawan sekolah ajak berbuka puase sesame (ala2 mini reunion la katenye..hihi). Aku tak pasti lagi gi ke tak, ikut hati memang nak gi. Tapi..aku keje sabtu ni, n aku xde transport, camne nak gi??hhmmm..sedih ='(..
Tak pe la, masih ade masih lagi utk pk.. Andai kate aku gi buka puase tu, aku akan update kat blog ni..InsyaAllah..
Stakat ni je untuk hari ni. Nak sambung buat keje ni..hihi..
~~~Jumpa lagi (^_^)~~~

Saturday, August 15, 2009

Pengharapan..Penyeksaan..

Lumrah kehidupan insan di dunia ini mengharapkan yang terbaik dalam kehidupannya. Tapi tidak semua insan dapat merasakan kemanisan, keindahan hidup yang sempurna. Kita harus sedar, semua itu tidak mudah untuk dikecapi. Walau seribu tahun sekalipun kita hidup di dunia ini, ia tidak memberi jaminan kita akan menikmati kesempurnaan hidup seperti yang diinginkan.

Pengharapan -- memberi sedikit sinar dalam hidup untuk meneruskan misi dan visi yang telah ditetapkan bagi mencapai keindahan, kemanisan dan kesempurnaan hidup. Sekiranya pengharapan menjadi kenyataan, pasti kita akan rasa bahagia dan gembira. Tapi malangnya, tak semua pengharapan berakhir dengan kegembiraan. Pengharapan suatu penyeksaan, penantian penuh kesabaran.

Janganlah kita terlalu berharap pada sesuatu yang tak pasti kerana pengharapan yang berlebihan kelak akan memusnahkan diri. Sekian.......


**aku pun tak tau ape yg aku taip kat atas ni..dalam sedar tak sedar je aku menaip..=p

Friday, August 14, 2009

** Dulu & Sekarang **

"Dulu & Sekarang" menjadi topik aku kali ni bkn sbb aku nk cite tentang fesyen, ataupun dunia muzik zaman dulu n sekarang. Tapi ape yg nk di share kali ni tentang SAIZ kad prabayar dulu dan sekarang, dlm erti kate lain "prepaid card" @ "topup"...
Aku start gune handphone dr thn 2003, mase tu SPM. Merayu2 kat mak aku soh belikan kad sim..hihi.. Bagi la duit sikit kan, dulu2 kad sim mahal, tak mcm sekarang ni.. Dari dulu lg aku suke mengumpul kad2 topup ni, kalau ditambah semue jumlah kad topup tu, terbeliak gak mate..hihi.. Tapi skrg ni nk kumpul pun dah x bape nak best lak.. Sebab saiz kad zaman sekarang makin lama makin kecik n x menarik sgt..


Dulu saiz kad topup ni lebih kurang saiz ring2 card (dl slalu gak bli kad ni wat b'gayut kat tpon umah..hihi..) @pun saiz parking ticket kat jusco..hehehe.. Masuk je zaman gawat ket saiz kad yg satu tu d 'cutting' dua (2) la plak, jd la separuh2.. Sampai la ni, yg terbaru 1 kad topup tu telah d pecahkan menjadi tiga (3) bahagian la plak.. very2 the kecik, kalau bagi kat mereka2 yg rabun confirm x bape nk nmpk no topup tu..huhuhu..


Itu la perubahan yg telah di buat oleh pihak syarikat telekomunikasi yg de sekarang ni, baik Maxis (Hotlink), Digi mahupun Celcom (xPax) , masing2 mengambil langkah yg same dlm mengurangkan kos diorang... [[u-Mobile x tau la plak..x bape femes..hihi..]]

Tapi tu bukanlah 1st perubahan yg diorang buat.. Perubahan awal yg diorang buat pada kad topup ni ialah ubah jenis bahan yg d gunakan utk hasilkan kad t'sebut.. Kalau korang perasan, kad topup dulu2 d'perbuat drpd plastik, keras n lut air.. {{boleh juge d gunakan utk memecah pintu bilik yg t'kunci dr dalam..hihi}} Berbeza dgn kad topup sekarang yg majoritinya d'perbuat dr kertas n x bape nk keras n kecik...{{dah x bleh nak gune wat pecah pintu...}}


~ KoleKsi SiMpaNanKu ~

Nasib baik koleksi kad2 topup aku tersimpan rapi.. Skrg mmg x dpt la kad2 camtu lg {tiket komuter pun aku simpan gak..hihi} ..(^_^). Itulah ragam orang2 yg berniaga, msti kena bijak, kreatif n berdaya saing utk memajukan bisnes diorang disamping meminimakan kos yg t'libat.. Sekian........

p/s: aku pengguna hotlink..*(^_^)*

Tuesday, August 11, 2009

OuR Breakfast Session @ 12/08/09

~~~~ HEALTHY FOOD ~~~~


Hari ni giliran team kami ( Account + Admin + Billing ) sediakan breakfast utk semue staff Priority Synergy, ni second round breakfast n team kami group ke-3 yg kena prepare menu hr ni mengikut tema yg dah ditetapkan iaitu "Healthy Food"~~

Menu hari ni -->> Macaroni + Pancake + Sandwich + Salad + Sweet Potato + Dragon fruit + Roselle Jus ~~

* MACARONI *


* PANCAKE + SANDWICH *



* DRAGON FRUIT *

So amacam, berselera tak korang tengok?? hihi... semue org enjoy dgn menu pagi ni, lps dah tugas team kami..huhuhu..(^_^)

"" TOGETHER WE WIN ""

Monday, August 10, 2009

Jalan2 Hiburkan HaTi..lalalalala

Hhmm..agak lama gak x update blog ni, blurr jap tak ade idea nk tulis pe utk korang semue..hehehe.. Maklum la, hari2 ku sekarang ni seakan bosan dan membosankan =p..hihi.. Keje pun dah x brape nak banyak, nak buat ot pun xde keje dah.. Nak tipu wat ot??? ishh, xbleh suke suki je nk ot..(biar logik ket nk tipu pun..ahakkss...)

Di kala kebosanan aku ni, pe yg t'jadi adalah..jeng jeng jeng --->> aku pun dok m'onlinekan diri sepanjang hari..hihi.. Nasib baik de kawan2 sekeliling yg sentiase menghiburkan diriku yg kebosanan ni..=) .. Ape2 pun yg tejadi, hidup mesti CERIA!!!!!!!!!! (^_^)

Last saturday 8hb Ogos 2009, seperti biase keje half day, hari yg lengang dan tenang tanpa keje yg banyak membolehkan aku balik awal seperti biase..hihi.. TAPI..bukan balik terus ke rumah, balik gi jalan2 hiburkan hati d hujung minggu..hahaha..
..... La La La La La La La La La La La La ....
Hmmm..de satu peristiwa yg x best berlaku sblm sempat nk b'hepi2 hr sabtu tu..Mase ngah ondaway ke destinasi pilihan, tanpa diduga, kete yg aku naik telah mencium bontot blakang kete Gen 2 ..ohh tidakkkk!!!! nasib baik x teruk, kete tu just t'kopak ket no plat kete dier (1 no je pn), n kete kecikku tu xde pape luke pun..hihi... TAPI, aku sungguh x berpuas hati ngan empunye kete Gen 2 tue.. disebabkan luke yg sikit nk mampus, ciput giler tu....x pasal2 terbang wit myBoo ""RM100""...ohhh, tidakkkk.... alangkah bestnye kalau wit tu ak dpt wat shopping..sedihnye ='( .. emm, trime je la hakikat wit tu dh terbang jauh..uuwaaaaa.......


Nie latest xtvt aku n myBoo after last Julai..(hmm..lame gak tu..hihi).. Sabtu lps kami gi tgk movie "ALIENS IN THE ATTIC" kat GSC, Alamanda.. Bleh tahan gak la best cite ni, cite lawak..layann....(",).. Last g tgk dl, tgk cite "JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK" kat Jusco, Bukit Tinggi wit my cousin n my lil sis.. Time tu saje2 bwk my sis jln2, cian die x penah nak g jln2..huhu..



Habis tgk wayang kul 6pm lebih, so de mase lg gerak ke destinasi seterusnye ke Persint 2 Alamanda ---> Floria Festival 2009.. (Mule2 mmg nk g cni je terus tgk bunga2 yg ade, byk ke, best ke, cantik ke..hehehe).. Sampai je sne dah nak gelap, tp org masih gak ramai, parking penuh.. Dgn penuh kesabaran, akhirnye jumpe gak tmpt nk parking..hahaha.. Jln2 jap, tgk bunga-bungaan yg ade, ngan org yg ramai n penuh sesak.. Penat gak, walaupun x round habis..huhu.. Rugi sgt2, x byk ambik pic coz bateri kamera kong la plak..='(

Ape yg ade just gambar2 ni je la.. aku snap gune handphone ku yg x bape nk canggih tp amat b'jase pada aku..hihi.. So enjoy!!!


Tu je la pun xtvt aku wat mase ni.. Akan dtg aku akan cr new story utk share ngn korang lg.. Dah de t'pk satu bende ni utk dikongsi bersame, ngah cr mse nk kumpul semue bahan..hihi.. TUNGGUUUUUUUUU......(^_^)