Friday, October 23, 2009

iNgatanKu PaDa keNanGan laLu (^.~)

Sejak bermenjak ni, terase rindu kat kengkawan lama. Rindu kat member2 sekolah rendah - Sek. Keb. Sijangkang, member2 sekolah menengah - SAMSML n member2 kat Politeknik Sultan Azlan Shah. Apa khabar mereka semua ye??
Maka dengan itu, tema hari2 aku untuk minggu ni [19hb - 24hb Oct 2009] is KEMBALI KE MASA LALU..hihi.. Sangat2 rindu kat kengkawan lame, paling lame ak tak jumpa kengkawan sek rendah aku --> Sek. Keb. Sijangkang.. Walaupun after hbs stdy, n sekarang ni dah pun berkerja dok ulang alik dr umah je, aku masih x berkesempatan nak jumpa kengkawan kampung. Lps je habis sek rendah, aku tak dok kampung. Aku dihantar dok asrama kat Sg. Merab Luar. Aku ni jenis suka memerap kat umah, so tiap kali balik cuti sekolah memang tak terjumpa la kengkawan kampung. Yang ade pun dlm sorang dua je la yg aku masih lg contact..

:: 6 Merah '98 ::

After sek rendah, sambung study kat SAMSML dari 1999 hingga 2003. ikutkan hati, pada asalnya aku memang tak nak la sek jauh2, kena dok asrama lak tu. Sangat2 sedih, 1st time berjauhan dr family tersayang. Hari2 rase nk nangis..hihihi [awal2 masuk je k!! =p].. Bila dah lama kat Sg.Merab tu, rasa syg gak nk tinggalkan sek tu. Aku ingat lg mase tu hbs PMR tahun 2001, actually my mum soh pindah masuk Sek. Teknik, coz dl pun my mum belajar situ gak masa start form 4. Tapi aku berkeras xnak pindah, dah syg sgt kat sek tu n kengkawan yg aku kenal mase tu.. And i'm very happy coz, sampai skrg we all still contact lg. Last kitorang jumpa ramai2 mase majlis berbuka puasa pd Ramadhan yg lepas. Mase Raya de gak jumpa diorang2 lg, but x ramai yg join raye same2..=)

Then, lepas tamat SPM sambung study kat Politeknik Sultan Azlan Shah, Tg. Malim, Perak.. Jumpa lagi kengkawan baru, dari pelbagai negeri..[[tp kebanyakan aku jumpa org Perak n Selangor je..=)]] Hmmm...dah lame tak jumpa kengkawan poli. Last jumpa dgn mereka semua mase Konvo kami kat PICC, Putrajaya. Lps2 tu dah tak jumpa dah, yang ade pun sekarang ni just contact with member2 uMah No.54 --> housemate2 ku (^_^).. Miss u guys!!

Bagi mengubati kerinduanku terhadap kawan2 ku semua, aku berusaha mencari semua gambar2 lame n video2 bersame kengkawan yg ade dalam simpananku.. Dan semua gambar n video tu aku upload dalam Facebook aku utk tatapan semua rakan2.. Rindu kat korang2 semua..(^_^)
=============================================

Friday, October 16, 2009

:::.. Seperti Dulu ..:::

Kita tak seperti dulu..
Walau jauh, masih tetap dekat..
Kita tak seperti dulu..
Walau sibuk, masih punya masa..
Kita tak seperti dulu..
Walau tak jumpa, tahu cerita..
Tapi kita masih seperti dulu..
Kau cintaku, aku cintamu..


-----------------------------------------------

it's aLL iN my MinD

15-Oct-09
aku masih menyayangimu..dan tak ingin semua berlalu..
bila mungkin engkau kembali..kembalilah kepada diriku..
seperti waktu yang dulu..bermanja kita berdua..
hanya engkau yg mengerti..tentang aku..

senyum seindah suria,dalam kehidupan..senyumlah dri hati,duniamu berseri..

hari silih berganti..tiap saat yg berlalu takkan mungkin dpt diulang kembali..
hargailah tiap detik yg dilalui..moga menjadi kenangan terindah dalam hidup ini..

14-Oct-09
kata hati cuba dimengerti, cuba difahami, cuba dipenuhi..
tapi tidak mudah bagi diri ini untuk mengotakan semua kehendak hati..

sendiri aku sendiri..bertanyakan pada diri..
tentang erti hidup ini..yang tak mudah untuk diharungi..
berkali ku berkali..yakinkan pada diri..
teruskan hidup ini..pasti yang indah sedang menanti..=)

12-Oct-09
why u so obsessed with me??

08-Oct-09
kau kenal aku, aku kenal kau..
kau kacau aku, aku malas layan kau..
aku tetap aku, pergi kau dari hidup aku..

sejak terpandang wajahmu, hatiku bertanya selalu..siapa dia, memikat pandanganku..

07-Oct-09
ku jatuh cinta..bak kerdipan bintang di angkasa..

06-Oct-09
menilai diri..siapakah aku..mengapa begini nasibku..
salahkah aku atas semua yg terjadi..
mampukah aku bertahan dgn semua ini??..
ku berserah..

05-Oct-09
tersentuh ku terharu mendengarkan kata2nya

i love to be myself..

02-Oct-09
menarilah dan terus ketawa, walau dunia tak seindah syurga..

hidup x selalunya indah..nasib x selalunya bertuah..



**petikan dr facebook ku...=)

Thursday, October 1, 2009

3rd Floor BanJiR....!!!

- 1st October 2009 -
BANJIR..BANJIR..BANJIR..!!! Sungguh tak disangka, ofis aku kat tingkat 3 boleh dilanda banjir hr ni.. PELIK?? tapi ini kenyataan.. masuk je ofis pagi ni air dh tinggi paras buku lali.. kalau la air tu melimpah time hari cuti, habis teruk la semue barang2 yg ade kat lantai ni.. Kerosakan hr ni pun dah cukup dasyat..ish..ish.. Memang ofis ni nak mintak dibasuh kot..hihi..
** Bergotong-royong basuh office **



** punca banjir **

Semalam 30th October 2009 satu gegaran melanda bahagian pantai barat Malaysia.. aku tak pasti sgt la sebab pe kan.. yg pasti agak menyeramkan la gak, sbb aku dpt rase badan aku bergoyang2.. =) hihihi..

-- mungkinkah ni kesan dr gegaran semalam?? --

*p/s: aku lum sempat lagi nak wish raye kat korang semue..maklum la dah lame x update blog.. SELAMAT HARI RAYA, mohon Maaf Zahir & Batin (^_^)..