Friday, January 15, 2010

Mimpi Ngeriku...ggrrr

Aku ingin menangis,
tapi untuk apa?
Utk membiarkan mereka mentertawakan aku?
kerana itulah yg mereka nantikan..

Aku ingin menangis,
tapi untuk apa?
Utk menanampakkan kelemahan ku?
Supaya mudah utk mereka memperlekehkan ku..

Utk apa semua ini terjadi,
kerna apa?
Adakah seperti sengaja diadakan..
atau sememangnya begitu dari awalnya..

Hmm..Tapi mungkin tidak..
Kerna dulu ia tak sebegitu..
kenapa sekarang? Sekarang baru begini..
Tanpa ada sebarang peringatan di berikan..
Terus begini jadinya..

aku akui, aku juga salah..
kerana sambil lewa sahaja sebelum ini..
Mungkin ini ujian untukku..

Tidak ada lain yang mampu ku lakukan,
selain berhadapan dengan realiti ini..
ku pasrah..
Cuma satu harapanku,
moga ianya tidak menjadi begitu berat bagiku

No comments: